Pengantin Baru Jatuh
Korang boleh bayangkan...Seorang pengantin perempuan jatuh berlutut didepan semua hadirin yang hadir...Sebab kasut tumit tinggi a.k.a heels yang dia pakai tiba- tiba tidak stabil ?
Malu tahap tidak ada hidung kot...hahaha
Ya, itulah antara kejadian yang aku lalui semasa hari persandinganku Mac lalu. Semua yane melihat menjerit terkejut. Tidak kurang yang beristigfar. Nasib baik pin baju aku kat belakang tu tidak terbukak [Baju tu besar. Mak andam sepit sepit dengan pin je...hehe]
Aku suka heels. Suka sangat. Tp aku jarang pakai. Beli pun jarang. Sebab aku tak ada masa pun nak pakai heels. Kerjaya aku tak sesuai untuk aku bergaya sakan dengan heels. Hari off pula, aku bantai tidur je kat rumah. Malas gile nak keluar, waima aku bosan.
Lagi- lagi sekarang aku hanya menghitung hari nak bersalin...gile nak pakai heels. Hehe.
Aku suka tegok orang pakai heels. Aku suka teliti rekabentuk dia. Dan aku kadang- kadang berangan- angan nak reka heels sendiri. Berangan...kalah Gunung Kinabalu.
Aku suka tengok artis baru...Neelofa. Dia bukan saja cantik, tapi pandai la jugak berlakon. Dia ada pakej. Dan aku bertambah kagum dengan dia bila dapat tahu dia buat bisness.
Bisness jual heels. Dan dia jenamakan semula heels tu dengan nama dia 'Neelofa'... baguskan. Muda- muda lagi dah pandai bisness.
Kat bawah nie antara heels yang Neelofa jual. [Aiseyman...macam promote je neh...hehe]
LAYAN...
Baiklah. Heels nie memang cantik. Tapi kesan dia pun 'cantik'.
1. Jejaskan peluang untuk dapat anak
2. Punca rambut gugur
3. Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh menjejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
4. Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan, bahu menjadi sakit
5. Boleh menyebabkan pening kepala, gangguan haid
Jika kita memakai heels dengan kadar yang kerap ia bukan saja bagi kesan pada kaki tapi juga bahagian lain.
Kajian menunjukkan orang yang memakai heels 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki! - (sumber, Profesor Madya Dr. John Marymont, pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston)
Bagi wanita mengandung pula, pemakaian heels akan memberi kesan buruk kepada postur badan sebab sewaktu mengandung pusat graviti akan beralih manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan tambahan di sebabkan oleh berat bayi yang dikandung. - (sumber, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, Pakar Perbidanan dan Ginekologi dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi))
Namun, tidak salah untuk sekali sekala kita sebagai seorang wanita memakai heels agar kita berasa yakin dengan penampilan kita dikhalayak ramai.
TIPS PILIH HEELS
1. Tumitnya tidak terlalu tinggi melampau
2. Jangan memilih kasut tumit tinggi yang hujungnya meruncing, pastikan jari kaki anda selesa.
3. Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga mampu membuatkan kaki melecet!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
eeei beci aku neelofa tuh..mcm gedik je..nyampah aku..tapi kasut dia ok la..mcm kasut style zaman skng la kan..btw mane gambar terbaru mu nye??? masa pregnant ni la nak amik gambarnya..upload upload upload! :)
ReplyDeleteche cik ^^
hehe...xde orang nak ambik gamba la...t mu amekkan utk aku la...hokey ?
ReplyDelete