12 Biji Novel ~ Kau Ada ?

No comments
Minat baca novel ?

Ohhhh...sesungguhnya aku hantu novel ! Tapi bukan semua penulis. Aku hanya minat dua penulis.

1- Aisya Sofea

2- Fauziah Ashaari

Yang lain tu aku baca, tapi feeling dia xsama mcam baca tulisan dua penulis nie. Pernah baca tulisan mereka ? =)

Penulisan mereka sangat hidup. Tak payah susah susah nak bina satu jalan cerita menarik yang boleh tarik kita masuk dalam cerita mereka.

Sejak aku bekerja, aku sangat jarang baca novel, beli novel pun tersangat jarang. Nak dijadikan cerita, hari tu aku singgah rumah biras aku. Ternampaklah sebuah novel. Aku pinjam.

Penulis dia [dot dot]. MasyaAllah. Punyelah aku seksa nak habiskan waima satu muka surat pun. Sangat hipokrit tulisan dia.

Aku menggerutu je baca. Tapi terpaksa sebab aku xde bahan bacaan tatkala dalam 'bilik istirehat'...hehehe

Dah masuk dua bulan aku pinjam, skrg baru muka surat 90 something. Okey !!!

********

Aku pergi kerja seperti biasa. Bile nak stat kerja masuk 'bilik istirehat' kejap. Sambil baca suratkhabar.

Mataku ternampak berita Kumpulan Karang Kraf buat
SALE HINGGA 70% UNTUK SEMUA BUKU, NOVEL DAN MAJALAH MEREKA !!! [hari last ok ?]

Tanpa melengahkan masa, aku ajak teman sekerja aku, kami pergi
SERBU itu SALE !!!

Hasilnya...taraaaa...12 bijik aku beli. Nah kau !


Aku rambang mata. Apa sahaja buku yang tercatat nama Aisya Sofea aku rembat.



Cari punye cari aku terjumpa novel Fauziah Ashaari. Sebijik pun aku puassss !!!



Sebenarnya, aku beli buku banyak- banyak nie, persediaan aku untuk berpantang nanti. Hehe. Bile busan- busan, aku bolehlah menatap buku- buku ini.




*******

Balik rumah, aku mengadap myhubby.

"Saya beli buku"

"Berapa habis ?"

"RM140" [Gurlp]

"Hmmmm" [sambil pandang kearah lain]

"Tapi kan saya jimat RM93. Sepatutnya total RM233 taw."

[diam lagi]

"Saya janji nie stok dua tahun punye !" [sengeh macam kerang busuk]

akhirnya myhubby senyum. hehe. auuwww gigit sikit.

No comments :

Post a Comment