Bil Letrik VS Stroller Baby

No comments

RM324.00 !!!

Dah lepas beli stroller untuk baby yang akan keluar dalam masa LIMA MINGGU dari sekarang !


Tapi aku terpaksa bayar harga itu untuk bil elektrik rumah aku.

OMG !

Sebetulnya, rumah aku [rumah mentua sebenarnye. hehe] ada dua air-cond. Dan yang aktif guna adalah dalam bilik aku. Bilik aku bilik tengah. Tak ade tingkap. Kalau tak pakai air-cond, alamat tidur dalam air peluh la aku.

Lagi- lagi dalam keadaan sarat macam nie. Menang panas je manjang.

Air- cond yang kat ruang tamu tu jarang- jarang buka. Sebab kat rumah bukan selalu ada orang. masing- masing sibuk dan hanya sebelah malam je lekat kat rumah.

Al- kisahnya, selepas majlis kawin aku dengan myhubby, tunggakan letrik banyak. Aku dengan besar hati volunteer nak bayar bil letrik dan bil air setiap bulan kat rumah tu.

At least, aku tak segan duk menumpang rumah mak mentua aku. Adalah juga peranan aku. Kekeke.

Nak dijadikan cerita, aku bayar tunggakan tu 'lumsum' RM400.

Lepas tu pada 2 Disember, bil TNB dari pejabat pos sampai...RM140. Aku dengan senang hatinya bayar.

Tup tup, 8 Disember bil TNB sampai lagi dan jumlah yang perlu dibayar ada RM342.00 !!!

Apa ??? Aku nie kejenye cop duit ??? Bulan- bulan 3 4 ratus habis untuk letrik ??? OMG !!!


Tak puas hati. Aku ngan myhubby call TNB.

"Kenapa bil kami sampai RM300 lebih ? Hari tu dah bayar dah tunggakan RM400. Pastu 2 Disember bayar lagi RM140. Nie sampai lagi bil RM300 ? "

"Oh...yang RM400 tu tunggakan. Yang RM140 tu anggaran kita melalui pejabat pos. Yang RM300 tu balance dua bulan punye bil letrik puan. Sebenarnya RM400 tapi dah tolak yang puan bayar RM140 tu..tu yang tinggal RM300 lebih tu."

"Kenapa TNB buat bacaan dua bulan sekali ? Itu membebankan pengguna. Kalau kena bayar letrik sekaligus RM400. Botaklah saya."

".............." [dia dengn segala hormatnya tamatkan talian aku. sungguh bertata susila orang itu]


Moral of the stroy, memang aku dan famili kena cek balik, kat mana kami boleh kurangkan penggunaan letrik.

Kedua. Kenapa TNB sangat tidak bertanggungjawab membaca meter letrik dua bulan sekali sekaligus membebankan rakyat ? Sudah la tarif letrik dah dianikkan. Apa yang tinggal untuk rakyat. Aku rase ringan je nak hadiahkan sebakul sumpah seranah pada TNB. Pada kerajaan yang luluskan kenaikan tarif tu. Kata nak jaga rakyat konon. Bullshit la.

Alasannya, tidak cukup kakitangan nak baca meter rumah sebulan sekali. Hahaha. Kalau satu rumah orang kaya paling cikai pun RM4000 sebulan ? Tak kan TNB masih tak cukup bajet untuk 'hire' lebih ramai pekerja untuk tujuan baca meter dari rumah ke rumah setiap sebulan sekali ?

Itu tak kira bil letrik kilang- kilang besar. Yang beroperasi 24jam ? Ish. Sumpah. Aku sangat tidak ikhlas kalau suku gaji aku terpaksa aku habiskan untuk bil letrik semata- mata ?

Oh tidak. Oh tidakkkkkkkk.....

No comments :

Post a Comment