selulit oh selulit

No comments

nampak tak gambar tu ?

satu malam aku tidur. singggggggg. berderau darah aku. sedar- sedar je, sepuluh jari aku seperti kedudukan diatas...baru stat menggaru perut !!!

ish...buatnye aku tak sedar..enak menjilat jari je aku menggaru sakan. ngeri pulak aku. kalau tak...weng weng weng...

sekarang nie, bahagian badan yang subur mem'biak' mula gatal- gatal. nak pecah selulit la tu. omakngaiiiii.

pinggul, perut, peha, betis...semua pakej tu...


jadinya, tiap- tiap malam kerja aku menyapu losyen kat badan. kurang sikit rase gatal tu. tapi kalau dah gatal tu...jari jemari nie akan jadi macam gambar kat atas tu...



baiklah.

sekarang masa untuk kita memperbanyakkan ilmu didada. jom menelaah bersama- sama ye ?



pengetahuan asas adalah --- bagi ibu yang mengandung ---
berat badan normal yang akan naik adalah sekitar 11 kg. hehe berat badan aku dah terlebih 4 kg. haha.

sepatutnya, aku mesti
menjaga kadar makanan yang aku makan. agar tidak terlebih yang melampau- lampau. [iye. aku ini tidak berdisiplin bab makan !]

adalah disarankan
mandi 2 kali sehari dan disusuli dengan menyapu losyen untuk menjaga keseimbangan PH pada kulit. pemilihan losyen juga penting. lesyen yang bagus mesti mengandungi kolagen. atau lebih senang, kita gunakan minyak zaitun atau baby oil sahaja.

Menjaga pola hidup dan makanan yang seimbang, kurangi lemak. Perbanyak
makan sayur dan buah – buahan yang kaya akan antioksidan, serat, zat besi dan air putih sehari sebanyak 8 gelas sehari.

bersenam juga bagus untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen. Pilih olahraga ringan seperti jalan kaki atau berenang dan lakukan 2 kali seminggu.

sepanjang 8 bulan aku mengandung...rasenye tak pernah aku bersenam. cuma kemas- kemas bilik. sesekali sental baju dan towel. cuci toilet. itu pun dikira bersenam jugak la kan ?

Selain itu,
berlulur juga bagus untuk meminimakan kemunculan selulit. ish. malam nie aku terasa nak berlulurlah ! ngeh3...

selulit juga boleh dihilangkan dengan meng
gunakan ampas kopi. Caranya meletakkan ampas kopi yang masih panas pada bahagian tubuh yang terdapat selulit. bilas dengan air suam selepas 10 minit. dan lebih afdal, kalau kita rendam tempat yang ada selulit dengan air suam yang dicampur garam.

kita juga boleh sental bahagian selulit tu dengan guna shower puff atau sponge [yang macam sponge bob tu hehe]. kita sental 10- 15 minit, 2 kali seminggu.


hokey !!!


aku dah bagitahu myhubbay awal- awal. lepas bersalin, aku nak pasang badan. nak 'menziarahi' spa kecantikan tiap- tiap bulan.










jadinya, segala keperluan pampers, susu dan seangkatan dengannya dibawah tanggungjawab beliau yang tercinta.





hehe...comel jek...

No comments :

Post a Comment