bersalin terpaksa..

1 comment
Pagi ini. Rabu. 30 Nov 2011 aku sekali lagi menjalani checkup bulanan di Klinik Kesihatan Sementa. Seawal 7 pagi aku terpacak didepan klinik dan aku hanya dapat nombor gilirann yang ke 18. Harap- harap setel cepat.

doc kata, kalauu sampai 11 hb jan 2011 aku masih tak bersalin, aku tetap kena admmit ke wad dan aku akan dipaksa bersalin pada 12 hb jan ikut due date yang doc bagi.

Sebab, aku ini menghidapi penyakit kencing manis. So kebarangkalian baby aku besar. Nak elakkan risiko baby lemas, aku harus bersalin tepat pada tarikhnya ye kawan- kawan.

Kalau bersalin awal pun aku ˚☺k° ​˚☺k°. Bersaliin ikut due date pun ˚☺k° ​˚☺k° . Bersalin lmmbat pun ˚☺k° ​˚☺k° .. ​​​​ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮‎​​​ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ .

Kadang- kadang aku sedia nak bersalin. Tapi kkadang- kadang sangat tak bersedia. Ngerinyo laa raso~ wuwuwu.

Hari nie aku off. Bagus juga, tak delah aku terkejar- kejar ke opis macam biasa. Dan planingnye, aku dan myhubby nak pergi Jusco Bukit Tinggi ! Yeeaayy.

Myhubby nak belanja baby sitting. *hugs*

Hari tu kami dah singgah di Jusco Bukit Raja, tapi produk tu kehabisan stok. Frust la myhubby mase tu. So harapnye hari nie rezeki kami murah. Ammin.

Masuk minggu nie usia kandungan aku sudah pun 33 minggu. Lagi beberapa hari mau masuk 34 mminggu. Sebelum ini dua tiga orang kenalan aku selamat melahirkan dua baby boy dan sorang baby gurl.

Dan sekarang turn aku. Dan aku tahu, staf tempat lama aku keje dan staf kat opis baru aku menantikan turn aku pulak (bajet fofularkah ? ​​​​ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮‎​​​ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ )

Dan selepas aku, ada lagi tiga orang menunggu giliran! Sangat suburkan staf- staf opis aku nie.

Masing- masing duk usung perut. Yang pening kapla adalah bos- bos kami. Haiya ! Dah la pilihanraya makin dekat. Perdana meenteri pun dah bagi macam- macam hint.

Oh ruginye kalau akuu xdpt berkhidmat masa pilihanraya tu. Teringin jadi seperti dulu, ditugaskan keceruk pedalaman. Berjumpa masyarakat orang asli di kedah, pahang...

Barulah lengkap kerjayaku sebagai seorang repoter.

Baru- baru ini aku dan myhubby ada appoointment scan baby 4D punye. Sangat teruja ˚☺k° ​˚☺k°! Padahal aku dah berkali - kali scan baby. Tapi still teruja.

Tapi malangnye usia kandugan aku sudah lebih 30 mminggu, so xclear sangat. Doc kata baby dah masuk 'gok' ​​​​(masuk karung la) ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮‎​​​ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ dah ready nak keluar menjengah bumi.

Dan kedudukan baby dah terkebawah sangat untuk di scan.

Yang lucunye, doc tu orang pakistan. Dah mcm ayam dengan burung bercakap da.​​​​ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮‎​​​ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ terangguk-angguk.

Doc kata, muka baby iras wajah aku. Dan paling tak tahan, baby nie menurun hidung ibunye yang sserba tak mancung nie. Hidung ayah dia, mencangkung terletak tu xmo pulak diikutnye ! =) dan pipinye sangat tem tem tembam ! Bulat ! Macam ibu dia hokey !

Makan hatila myhubby. ​​​​ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮‎​​​ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

Sekarang, pergerakan aku agak lembab. Nak bangun dari katil terhegeh- hegeh. Dan lazimnya mmyhubby akan tolong aku bangun. Cukuplah sekadar hulur tangan, aku dah terasa disayang! =)

Kalau berjalan pun, pantang ada tangga, mesti tangan myhubby mnggagau carik tangan aku. Bukan senang nak tengok dia tuunjukkan kasih sayang. Bukan dia untuk bersayang- sayang di facebook. Bukan dia untuk tunjuk- tunjuk kat orang, cinta sayang dia pada aku. ;p

Berbalik pada ppregnency aku, Kalau berjalan, aku sendiri merasai, aku jalan sedikt kangkang ! Hahahaha..

Aku tak tahu normal atau tidak, rongga dekat pintu rahim aku terase longgar. Rase terbuka buka time aku nak bangun atau bergerak.

Tidur malam juga dah mula panas. Aku tidur dalam aircond, dan kadang kala tanpa selimut. Mmyhubby menggiggil sejuk, aku menggiggil panas.

Nak dijadikan cerita, aircond bilik kami semalaam rosak hokey! Aku tidur berpanasan. Berapa kali pulak aku mandi semalam. Ish.

1 comment :

Post a Comment

Pedih Hulu Hati Ketika Mengandung ?

No comments
Jika anda sedang hamil, mungkin anda akan mengalami pedih ulu hati. Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

1. Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut
kering atau mungkin buah seperti kurma.

2. Makan secara perlahan-lahan.

3. Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.

4. Elakkan makanan-makanan yang pedas.

5. Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.

6. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.

7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.

8. Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

9. Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.

10. Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia
meningkatkan tekanan pada perut anda.

11. Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula
secukup rasa jika suka.

12. Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan
meneutralkan keasidan dalam perut.

13. Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai,
bengkokkan lutut.

14. Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.


rujukan :

* babycentre.com
* medicine.com
* webmd.com

No comments :

Post a Comment

bunga- bungaan segar...

No comments
tiba- tiba aku terasa tua !

hahaha sebab tengok gosip gasap artis- artis yang kawin tepat tarikh cun 20-11-2011.

kalau kita tengok balik konsep atau tema perkahwinan masa kini, semuanya kearah pemilihan pelamin berwarna lembut dengan banjiran bunga- bungaan yang indah- indah belaka.

dan tak perlu banyak aksesori pun. cukup sekadar kain + bunga + pintu gerbang dan sedikit hiasan- hiasan yang simple- simple saje.

itupun sudah cukup cantik.

tanpa perlu ropol- ropol dengan warna yang striking macam trend dulu- dulu.

jom. kita layan gambar- gambar comel ini.


perkahwinan Shera Ayob + Zahiril Adzim




perkahwinan Ezlynn + Adam Fahmy



perkahwinan Eira Syazira & Azad




perkahwinan Syella Kamaruddin + VVIP




No comments :

Post a Comment

32 minggu mengusung perut

No comments
Memang sudah agak terlambat untuk aku coreng coreng pengalamanku setakat hari ini, mengusung satu nyawa dalam rahimku ini.

Dah 32 minggu. Bermakna aku kini menghitung lagi 8 minggu !


Doktor menjangkakan aku akan bersalin pada 12 Januari 2012. Dan gambaran baby yang aku kandung ini nampaknye lebih kepada ciri- ciri baby gurl =)

Sebetulnya aku menginginkan baby boy. dengan harapan dia akan membesar dan menjaga adik- adiknya dibelakang hari.


Tapi, bila myhubby tersangat inginkan baby gurl...aku pun lembut hati...


Asalkan dia bahagia...

Lagipun, bile tengok baju baby gurl sume marvelous marvelous...aku naik sheikh...






Dan anak perempuan juga boleh jaga adik- adiknya. asalkan betul didikan ayah dan ibunya. =)

So, barang- barang baby aku dah beli sedikit demi sedikit.


Tinggal lagi beberapa keperluan baby yang perlu aku beli.

Paling aku ingat...mimik muka myhubby mase nak beli barang baby kat Jusco Bukit Tinggi hari tu.

satu perkataan je. Teruja.

Aku suka tengok body language dia masa tu. paling tak tahan, dia berkeras nak beli tempat landing baby. Ape ntah name bendaalah tu.


Baiklah. Planingnya, aku akan bersalin di Sungai Buloh dan seminggu selepas itu barulah aku balik berpantang di desa tercinta.


Harap- harap semuanya ikut perancangan.

Yang bestnye, masa aku balik berpantang di desa yang permai itu, my lovely siblings ade kat rumah. Yeay...

Kakakku dengan dua anaknya...dan dua orang adikku...Hoye hoye hoye...ok cukup !

Aku sidikit risau sebenarnya sebab, mase balik kampung hari tu, aku ada jumpa mak bidan.

menurut pengamatannya, aku ini akan mengandung lama. 10 bulan.

normalnya orang mengandung 9 bulan 10 hari je.

aku pulak ada potensi nak mengandung 10 bulan. bila aku rujuk pada ma, ma kata dulu masa dia mengandungkan kami adik beradik, semuanya 10 bulan.

So skrg, aku risau doktor pakse aku bersalin atau palig aku mahu elakkan...bersalin ikut tingkap...

Tatkala aku ketuk entry ini, aku sedikit termengah- mengah. halamak aiii...ngeri aku....

semalam pun, mase tidur, aku terasa baby berpusing- pusing DAN dia dah mula pusing pusing dibahagian bawah perut aku.

OMG ! OMG ! aku takuttttt...

Tidur malamku kini tidak seperti dulu.

Sekarang tidur semua bantal aku punye. Tapi kadang- kadang semua bantal myhubby punye !


Belakang badan saja dah dua biji bantal. 1 kanan dan 1 kiri.

Kalau mengiring, kena ada bantal leper sebijik lapik perut. Kalau tak senak. Perut rase nak jatuh. =)

Dan sekarang, pantang berdiri je...tapak kaki aku sakit mencucuk cucuk.

kalau berdiri lama, tumit kaki macam nak pecah.

Bab 'tumbesaran' badan tak usah cakap. sekarang berat badan aku dah naik 12 kilogram.

aku tak tahu sampai berapa kilo berat badan aku akan bertambah...sehingga aku melahirkan baby nie...humangaiiii...

Semua orang...[aku ulang] semua orang kata, aku xmampu nak kembali ke bentu asal aku...

well, aku xsedih pun. sebab aku yakin, [dengan izin Allah] aku akan berjaya jugak kembali ke bentuk asal...JIKA aku disiplin...

hahaha...haktuuiii...

pendek kate, tunggu dan lihat je lah...

No comments :

Post a Comment

Intro Intra

No comments
Bismillahhirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam blogy untuk semua =)

No comments :

Post a Comment