Pedih Hulu Hati Ketika Mengandung ?

No comments
Jika anda sedang hamil, mungkin anda akan mengalami pedih ulu hati. Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

1. Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut
kering atau mungkin buah seperti kurma.

2. Makan secara perlahan-lahan.

3. Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.

4. Elakkan makanan-makanan yang pedas.

5. Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.

6. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.

7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.

8. Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

9. Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.

10. Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia
meningkatkan tekanan pada perut anda.

11. Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula
secukup rasa jika suka.

12. Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan
meneutralkan keasidan dalam perut.

13. Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai,
bengkokkan lutut.

14. Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.


rujukan :

* babycentre.com
* medicine.com
* webmd.com

No comments :

Post a Comment