Jom Shopping Gelaran 'Datuk'
Rasanya semua sudah maklum bahawa pelakon AC Mizal kini bergelar Datuk AX Mizal. Begitu juga pelakon Eizlan Yusof, kini juga bergelar Datuk Eizalan Yusof dan seorang lagi pelakon dan juga penyanyi, Fazley Yaakob juga bergelar Datuk Fazley Yaakob.
Tahniah diucapkan kepada mereka.
TETAPI....
Aku hairan. Tertanya- tanya. Atas dasar apakah ketiga- tiga selebriti ini layak untuk diberikan gelaran datuk.
Sebab kita tahu, setiap dari mereka yang dapat gelaran Datuk adalah mereka yang banyak berjasa kepada negeri/negara. Menaikkan nama negeri/negara. Menyumbang kepada pertumbuhan serta perkembangan ekonomi negeri/negara.
Tapi...dimana sumbangan mereka ini ? Aku bukan mahu memperkecilkan mereka bertiga. Jauh sekali mempertikaikan sumbangan mereka.
Tapi aku sekadar mahu tahu...apakah mereka ini benar- benar layak untuk mendapat darjah pingat kebesaran nie ?
Setahu aku, banyak lagi artis yang aktif menyumbang khidmat mereka. Mengerah keringat mereka. Tapi mengapa mereka bertiga sahaja yang dipilih ?
Bagaimana dengan artis veteran yang sudah lama menabur bakti ?
Dan pandangan aku adalah...daripada golongan artis diberikan anugerah sebegini...apakata ia diberikan kepada individu yang berkhidmat dalam bidang profesional dan kritikal yang diakui memberi impak mendalam kepada pembangunan negeri/negara.
Hakim, Majistret, Ahli perniagaan, Saintis dan banyak lagi. Tak gitu ?
Aku tidak pula mempertikaikan hasrat murni pihak yang berkenan menganugerahkan pingat ini kepada mereka. Itu adalah hak mereka. Aku hormati hak mereka.
Titik.
Aku sempat singgah mediamalaya . Aku senyum sendiri bila baca komen- komen pembaca. Layan....zasss...
Saat ini aku teringat desas desus yang mengatakan gelaran 'Datuk' boleh dibeli.
Dan ia terbukti benar apabila Akhbar Utusan Malaysia Janurai 2011 yang lalu mendedahkan bahawa memang terdapat aktiviti mejual gelaran 'Datuk' palsu.
UTUSAN MALAYSIA - Januari 2011
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.
Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.
“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.
“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.
Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.
Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan. kredit : seafailed
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment