Sembilan Bulan Sudah..

No comments

"Esok kandungan kamu genap 9 bulan," kata nurse Klinik Kesihatan sementa.

"Ye ke ?"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Serasa aku macam baru semalam aku disahkan mengandung. Dan kini aku dan myhubby menghitung hari. Ngeri uollllsss !!!

Imbas kembali [cheeewahhh imbas bagai...haktui...]

Baru tiga hari kami bergelar suami isteri, myhubby tanye soalan cepu emas...

"Bile kite nak ada baby ?"

kembang semangkuk aku rase masa tu.

Kami terpaksa tangguh bulan madu kami sebab tuntutan kerja yang amat sangat. Dan dua minggu selepas itu baru kami pergi ke Langkawi.

Sebenarnya, kami tak tahu nak pergi kemana. Tak rancang.

Korang tahu ?

Dari pagi aku tanya myhubby.

"kita nak pergi bulan madu kat mane ?"

"Tak tahu la..."

Tengahari aku tanya lagi...

"Kita nak pergi bulan madu kat mana ?"

"tak tahu la sayang.."

Petang tu...dalam pukul 3 petang, dia suruh aku bersiap.

"jom kita pergi Langkawi..."

Pukul 4 kami bertolak. Hahaha. Kerja gile kan ? tapi tulah. kalau dirancang elok- elok jarang nak menjadi. Tapi kalau kalau on the spot...sure jadi...

Sampai disana. Kami singgah rumah bapa saudara dia. Hehe. kami diberikan sebuah kereta, untuk kesenangan kami bergerak sepanjang kami berada di pulau mutiara tu. :)

Rezeki orang baru kawin agaknye.

Masa tu kami belum 'chek in' mana- mana hotel. Kami search kat internet, dan myhubby berkenan Langkawi Lagoon Resort !!!

Ehem- ehem...telan air liur aku...korang tahu rate dia kan ???


Bilik dia memang ekslusif. Tersangat ! Aku rasa macam tak mahu keluar bilik. Sebab aku sudah jatuh cinta.

tak tercapai akal fikiran aku...yang satu hari nanti aku akan mampu duduk dibilik se'ekslusif ' ini. Syukur Alhamdullillah.

Jom kita cuci mata...










Baiklah. Hampir tiga bulan kami kawin, period aku mula lambat. Aku tidak mahu letak harapan tinggi. takut kecewa. Tapi sudah 10 hari ia lewat. Myhubby paksa aku beli alat menguji kehamilan. Aku tak mahu.

"kalau awak nak sangat test...awak beli sendiri alat tu. Saya malu nak beli," kataku

Dengan nekadnya, dia masuk Guardian dan tanpa perasaan malu dia tanya promoter tentang alat itu.

Selesai satu masalah.

Balik rumah. aku tetap tak mahu buat ujian itu. Tapi myhubby sangat bersemangat. Diaa kata, biar semuanya dia yang buat. Aku hanya bagi sample air kencing je.

Ok. Semuanya dia yang settelkan. Yang lucunya...bila graf dah naik...dua- dua macam orang bodoh. Tak tahu nak baca apakah resultnya.

Dua- dua meniarap atas katil, sambil panggung dagu...dan tenung alat tu. Hahaha [korang buleh bayang tak ?]

Mulalah sesicalling calling siapa yang pernah guna bendaalah tu. Termasuk birasku sendiri. Bile dah agak pasti...kami beranikan diri pergi klinik. Nak pastikan berita samar- samar itu.

Nak dijadikan cerita, myhubby pusing satu Sementa, Kapar semata- mata nak cari klinik Melayu dan doktor perempuan.

Lucu pulak aku tengok dia masa tu. Aku bangga dengan 'excited' dia. :)

Akhirnya, myhubby pilih 'Klinik Putri' [ingatkan klinik doktor perempuan. Sesungguhnya kami tertipu. hehe]

Doktor sahkan aku mengandung :)

Bermulalah episod baru dalam hidup aku. Dengan segala sakit- sakit yang aku lalui..dengan segala emosi yang tidak menentu... :) Aku banyak menagis semasa mengandungkan anak ini. Ada saja yang tidak kena. Lebih- lebih lagi kalau melibatkan myhubby. Sensitif gile.

Dan dia yang selalu jadi mangsa aku. Hehe.

Dan kini....8 bulan berlalu begitu pantas. Dalam masa tidak kurang empat minggu lagi aku akan bergelar seorang ibu.

Perhatian myhubby, sangat aku perlukan.
Aku mahu dia ada disisi aku.
Aku mahu dia baring disisiku ketika kami tengok tv.
Aku mahu dia ada dissiku ketika aku layari internet.
Aku mahu dia ada disisiku ketika aku makan malam.
Aku mahu dia ada ketika aku keluar dari toilet.
Aku mahu dia ada ketika aku tidur.
Aku mahu dia ada ketika aku terjaga dari tidur.
Aku mahu dia ada.....sesungguhnya aku sayang dia...lebih dari segala- galanya...

Dan ketika itu aku melangkah satu fasa lagi kehadapan. Semoga aku dan myhubby mampu menjadi seorang ayah dan ibu yang baik dan sempurna buat anak- anak kami. Amin.

No comments :

Post a Comment