Manis Manis Ku

Recent Posts

Mereka kekasih hatiku selamanya

No comments


Dah 17 hari.
Hari hari bergaduh dengan dia.
Sumpah wallahi.

Sebab dia setiap masa nak riba abang ammar.
Sebab dia setiap masa nak cium abang ammar.
Sebab setiap masa nak dukung abang ammar.

Kadang ibu naik hantu.
Sebab abang ammar baru tido dia datang riba. Cium. Dukung.
Punyelah ibu berusaha tidokan abang ammar!

Kadang kesian kat dia.
Dia selalu memberontak.
Maybe sebab ibu dah ada bby baru.
Dia mintak perhatian.

Bile dia nanges.
Sayu hati.
Lagi lagi dia tarik sendu sedih.

Semalam.
Betul betul hati ibu tersentuh.
Dia nak masuk buai.
Pastu dia henjut buai tu sendiri.😢 Allahu...entah apa ada dalam hati dia.
Ibu risau dia rasa tersisih.
Rasa loser gile.

Ibu terus bangun dodoikan dia dalam buai.
Ibu selawat dalam nada paling sendu.
Sampai tulang hitam ibu tangkap syahdu 😢

moody moody - walau moody sekali pun mereka tetap kesayangan ku

No comments

kalau saya badmood..saya akan bercakap dengan seseorang..
"saya xde mood la hari ni..bla bla bla.."
mood saya akan lebih ok dan tanpa sedar ia ok sepenuhnya dengan sendirinya.


atau


kalau saya badmood..saya akan cakap dengan orang disekeliling saya..
"Saya badmood lah hari ni..bagi saya masa kejap..nanti saya akan ok"
saya layan perasaan kejap..lepas tu akan ok.


atau


kalau saya badmood..
suami saya saja akan tahu..
saya tak akan biarkan badmood menguasai saya.


sebab


saya tahu perasaan orang disekeliling kita.jika kita badmood tak tentu pasal.
mereka tidak bersalah untuk turut menerima tempias masalah kita.bersikap adillah pada mereka.



dikala mereka berusaha menjaga hati kita..kenapa kita tidak menjaga hati mereka..



[aku juga punya perasaan. seperti kamu.]


Hari Raya Aidilfitri 2012

1 comment

Baiklah.

[hutang] ~ mukkadimmah dah cerita hutang LOL


Bulan July adalah turn aku dapat duit kutu. SubhanAllah. Elok aje susunan Dia.

Ditakdirkan sesuatu telah berlaku dan menyebabkan bajet kami agak lari. Ditambah lagi dengan Hari Raya bakal menjelma dalam masa sebulan dari sekarang. Phew ~

Cadangnya bila dapat kutu aku mahu rembat sebijik telefon yang 'tak nak kalah' la kan..hahaha..Tapi kalau macam gini la gayanya T____T wuwuwu.

Aku minta nasihat pakar ekonomi [puan jaja namanya] dia calculatekan perbelanjaan aku dan atas nasihat dia, aku akur yang hasrat 'tak nak kalah' tu terpaksa aku lupakan.

Aku pun terbelit lagi dengan yuran study...loan sana sini...[aku nak keje dengan kilang cop duit..oh tidak !]


[hari raya]


Hari raya tahun ni tengah-tengah bulan. Dah la tengah bulan ! Raya belah myhubby pulak tu. [peluk tubuh kuat-kuat]

Kan best kalau hari raya hanya ada belah isteri saja. kuikuikui. Okey, baju raya dah tempah. Tinggal baju jalan-jalan je + kasut + tudung + riben kepada anak.

Banyak benda yang aku kena ambilkira dari bajet bulan July ini antaranya...duit raya, kuih raya, baju raya ma + abah + adik-adik [anak yang solehah puiii !]

Walaupun aku tidak beraya dikampung, tanggungjawab dengan keluarga aku tidak harus aku abaikan. [gosok kepala sendiri]

[anakku]





Nur Qaseh Humairah sudah demam. Buat pertama kalinya. Aku panik habis. Dia demam sebab nak tumbuh gigi. Aku tak sanggup nak bagi dia demam lagi. huhuhu.









Sekarang dia sudah sembuh. Aku balik keje, tengok dia senyum-senyum, aku lega. Hilang penat lelah aku. Betul orang kata, anak itu penenang jiwa.

Dia sedang belajar merangkak. Comelnye anak ibu !!!!





 [rumah]


Tadi aku pergi tengok rumah. Rumah baru dibina dekat Seksyen 30, Shah Alam [Jalan Kebun].

Bukan rumah aku pun. Saje pergi tengok. Semi D -- harga RM280,000. 3 bilik 2 bilik air. haiyaaaa.

Why rumah-rumah makin mahal ??? Tunggu aku wei. Tapi myhubby xde tanda-tanda mahu beli rumah pong. Aku je yang lebih-lebih. Haih.

Jom usha.

                        










aku seorang ibu

3 comments

Setelah jadi seorang ibu, aku menjadi manusia yang agak sibuk.



• Sibuk susukan Qaseh

• Sibuk main- main dengan Qaseh

• Sibuk tukar lampin Qaseh

• Sibuk mandikan Qaseh

• Sibuk TIDUR dengan Qaseh ! [kadang- kadang aku yang lebih lebih tidurnye !]

Biasalah. Baru menggalas title ibu...pengalaman aku zero. Pengetahuan yang suam suam suku ada tu, masa nilah baru nak apply.

Aku tercari- cari rentak yang betul. Dan kadang- kadang aku rasa jauh sangat dari perhatian myhubby.

Mungkin perhatian yang aku berikan kepada myhubby juga makin berkurangan. Aku sedar itu. Tapi aku terpaksa.

Selalu aku pujuk diri sendiri.

"Alah, kejap je nie. Bila Qaseh besar sikit everything will be okey !" [cheewah speking London !]

Tiba- tiba hari ini, aku jumpa satu artikel yang ditulis oleh Ketua Unit Kaunseling, LPPKN, Dr Khamsiah Ismail. Dan aku nak share artikel tu disini.

Bismillahirahmanirrahim.


Beberapa sebab yang boleh menyebabkan kerenggangan hubungan suami isteri di peringkat awal menjadi ibu bapa adalah:

• Kurang meluangkan masa bersama pasangan.

• Perubahan corak komunikasi.

• Jangkaan tidak realistik antara pasangan.

• Kemurungan selepas melahirkan anak dan rasa rendah harga diri.


Cubalah petua cara berikut untuk membantu anda menunaikan tanggungjawab baru anda sambil mengekalkan keeratan hubungan bersama pasangan anda:


• Pikul tanggungjawab bersama. Sebagai contoh, mandikan anak bersama. INI AKAN MENGUKUHKAN IKATAN KASIH SAYANG DENGAN PASANGAN ANDA.


• Lebih berkomunikasi. Lebih kerap anda berdua berkomunikasi, lebih baik hubungan anda berdua. Komunikasi membantu menjelaskan kehendak satu sama lain dan mengurangkan pertikaian antara anda berdua. Jangan pendamkan perasaan anda. Jika anda rasa tidak selesa untuk menyuarakan perasaan anda, cubalah cara lain dengan menuliskannya. PASANGAN ANDA BERHAK TAHU PERASAAN ANDA.



• Hidupkan semula saat manis sebelum berkahwin. Pergi berjalan-jalan bersama, seperti masa berpacaran dulu. Rancangkan MAKAN MALAM YANG ROMANTIK di restoran kegemaran atau tonton filem KOMEDI ROMANTIK DI PANGGUNG WAYANG. Berikan kejutan kepada pasangan dengan NOTA KASIH atau SEJAMBAK BUNGA.



• Dapatkan bantuan! Minta orang lain MENJAGA ANAK anda sambil anda suami isteri keluar untuk mengeratkan hubungan. Pada mulanya anda mungkin terasa berat hati meninggalkan anak anda, tetapi hargai masa ini sebagai masa yang layak anda nikmati.



• Rebut peluang. JANGAN BUKA TV ATAU BEKERJA KETIKA ANAK ANDA TIDUR. Gunakan masa ini untuk ‘berdua-duaan’ dengan pasangan atau makan bersama.


• Tunjukkan keprihatinan. Sedikit usaha seperti TINGGALKAN NOTA KASIH aau BERI PELUKAN SERTA KUCUPAN SETIAP HARI boleh membantu mengeratkan hubungan. Ini tidak memakan masa, tetapi boleh meninggalkan kesan yang ketara dalam fikiran pasangan.

Qaseh Selepas Sebulan

No comments
Hari ini, Qaseh menerima suntikan Hepatisis B kat Klinik Kesihatan Sementa. Kesian sangat bila Qaseh meraung kesakitan time nurse tu cucuk dia.

Hari nie genaplah umur Qaseh 1 bulan 12 hari. Wah dah besar anak ibu.

Berat Qaseh masa lahir = 2.99kg
Berat Qaseh 14 Feb = 3.6kg

So everything is okey :)


kembang semangkuk muke anak ibu masa baru lahir


day 1

hari kesepuluh

dan...hari hari berikutnya...








Pengalamanku Di Dewan Bersalin

3 comments

Taraaaaaaa....lengkaplah sebuah keluarga bahagia... :)


Masa kecil- kecil dulu, aku dan adik beradik serta sepupuku selalu bermain pondok- pondok. Konon- konon kami nie sakit nak bersalin. Sorang jadi doktor. Sorang jadi nurse dan sorang pesakit nak bersalin.

Hingga remaja. Aku sering tertanya- tanya bagaimana agaknye sakit mahu bersalin ? Bagaimana proses mengandung ? Dan bagaimana disaat mahu melahirkan ?


Kini...

Aku temui semua jawapan kepada segala persoalan itu. Memang perasaan itu tidak dapat dijelaskan dengan kata- kata.

Aku dijangka bersalin pada 12 Januari 2012. Tapi aku ditakdirkan bersalin dua minggu lebih awal.

Pada 2 Januari 2012. Aku masih berkerja. Ketika sedang berkerja, aku mula pecah darah kira- kira jam 11 pagi. Tapi aku masih sambung kerja sehingga jam 6 petang.

Bermula jam 4 petang, aku mula merasai 'construction' mahu bersalin. Setiap sejam sakit itu datang menyerang.

Hari itu aku drive sendiri ke pejabat. Dan ketika aku drive balik, sakit itu datang menyerang. Nasib baik aku bawa kereta myhubby. [kereta auto]. Kalau bawa kereta myvi...menangis la aku...sebab manual...

Sampai dirumah, myhubby paksa aku bersiap. Mahu pergi checkup di Hospital Besar Sungai Buloh. Dalam jam 10 malam, kami bergerak kesana. Sakit aku tatkala itu masih menyerang setiap sejam sekali.

Sampai di Hospital Sungai Buloh, aku diminta masuk ke ruangan menunggu ibu- ibu mengandung. Tatkala itu, ada lebih kurang tujuh ibu- ibu yang duduk diatas kerusi sambil menahan kesakitan.

Ada yang berjalan- jalan [untuk kurangkan rasa sakit dan senangkan proses mahu bersalin agaknya] dengan muka menahan kesakitan.

Aku difahamkan ibu- ibu yang sedang menahan kesakitan itu duduk diatas kerusi sebab wad penuh. Fuh...ramai gile orang mahu bersalin malam itu.

Aku diminta berbaring diatas sebuah katil. Sejenis mesin mengesan denyut jantung bayi diletakkan diatas perutku. Proses itu mengambil masa selama setengah jam.

Namaku dipanggil lagi. Kali ini doktor mahu periksa bukaan pintu rahim.

Satu perkataan yang boleh aku katakan selepas sesi pemeriksaan itu adalah SAKIT.

Bukaan pintu rahim aku baru 2cm. Ketika itu jam menunjukkan pukul 3 pagi. Doktor tak benarkan aku balik rumah. Doktor hanya benarkan aku jumpa myhubby diruangan menunggu.
Aku dapatkan myhubby.

Kesian aku lihat raut wajahnya. Garis kerisauan amat jelas sekali. Apa tidaknya, sebaik sahaja aku masuk ke ruangan menunggu untuk bersalin, kami terputus hubungan. Lantaran aku tidak dibenarkan membawa handset. Hidup mati aku...dia tidak tahu.



Jam 7 pagi, doktor sekali lagi memeriksa bukaan pintu rahimku. Aduhaiiii sakit yakmat. Dan aku kecewa apabila bukaan masih 2 cm. Padahal rasa sakit itu semakin menjadi jadi. Aku masih kuat memotivasikan diri aku agar aku tidak menjerit meraung raung sepertimana ibu ibu yang lain. [mungkin mereka menjerit kuat- kuat sebab semakin hampir kesaat kelahiran]

Jam 1 petang, bukaan pintu rahimku meningkat kepada 3 cm. Seingat aku, bermula jam 3 petang, sakit aku makin mengganas. Saat itu, aku sudah tidak mampu nak membedung rasa sakit yang memulas mulas itu.

Aku mula mengerang dengan suara yang kuat. Saat itu, tiada perasaan malu atau bersalah sebab meraung kuat- kuat. Yang ada dalam kepala adalah SAKIT. Jam 4 petang aku dibawa masuk ke dewan bedah lantaran bukaan pintu rahimku mencapai 4 cm.

Sangkaku, aku sudah mahu bersalin. Tapi hampa sebab doktor kata aku hanya akan bersalin dalam masa 5 jam lagi. Aduhaiiiiiii. Putus asa aku dengar sampai aku tertidur. Aku tersedar sebab sakit. Aku berpaut pada pagar katil dan aku tarik dan hembus nafas sekuat hati. Nak dijadikan cerita, penghawa dingin dewan bedah tu pulak rosak. Bermandi peluhlah aku. :)

Jam 7 malam. Aku tersedar bila doktor kejutkan aku.

"Awak hidu gas nie dalam- dalam. Hidu bila rasa sakit je. Saya bagi awak sebab awak sakit sangat nie.."

Makanya, dalam sejarah hidupku, umur 27 tahun, aku menjadi penghisap dadah morphine ! haha [gelak ye ?] Perasaan aku masa hidu dadah itu adalah aku terasa khayal. Doktor tu aku tengok berpinar- pinar. Jauh je rasa. Itulah kot yang penagih dadah rasakan ?

Tetapi disebabkan terlalu sakit...aku tidak rasa pun sakit itu kurang. Sama aje rasanya. Buat kesekian kalinya aku pengsan. Bila aku sedar sejumlah doktor telah berada didepanku. Rupa- rupanya aku dah nak bersalin.

Tapi ? Dimana myhubby ?

"Ok Zeana, awak teran macam nak berak ye..."

Aku tarik nafas...dan push sekuat hati aku...dua kali push, aku nampak myhubby masuk ke bilik bedah. Tapi aku tak mampu nak pandang dia. Tengah fokus nak push kan ~ Dia datang dan berdiri disebelah kiriku. Dia pegang tanganku dan usap kepala aku. Syahdu beb !

Tiga kali teran, baby dah selamat menjengah dunia. Fuh...Alhamdullillah...

Bayi yang panas dari 'oven'

Syukur dengan anugerahmu Ya Allah


Aku terasa penat teramat. Nak bukak kelopak mata pun xlarat. Myhubby cium dahiku dan tatkala itulah aku baru pandang dia.

"Letih" itu je yang mampu aku cakap kat dia.

Lepas tu proses menjahit pula. Doktor kata dia kasi aku bius. Tapi setiap proses jahitan itu aku rasa. Bius apakah itu ? Separuh kot. Aku kemudiannya dibawa ke wad. Angan- angan nak tidur sampai pagi sebab penat...ternyata, naluri keibuan sudah sedia ada dalam diri...membuatkan aku tidur- tidur ayam sehingga pagi besuknya...

Maka tidurlah aku dalam penuh kesyukuran. Sehingga bayi itu lahir, aku masih tidak tahu nama anakku. Sebab aku serahkan sepenuhnya kuasa menamakan bayiku kepada myhubby. :)










Kepada anakku...ibu dan ayahlah insan yang paling berbahagia saat kelahiranmu sayang...Moga sayang membersar dengan segala kerahmatan dari Ilahi. Amin. :)

Esoknya, myhubby memberitahu...

"Nama anak kita, Nur Qaseh Humairah Bt Shahrul Ashraf"

"Noted sayangggggg"

Ibu terima apa jua nama yang ayah bagi... :)



p/s: entah kenapa...entry ini sangat formal bahasanya...keke

Anak Anwar Khawin Lagi...

18 comments

Semalam 24 Disember, bekas Timbalan Perdana Menteri a.k.a Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat melangsungkan perkahwinan anak perempuannya, Nurul Ilham.


Suami Ilham, Mohd Reza Bin Mohd Rafie secara rasminya menjadi menantu keempat Anwar dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Majlis perkahwinan mereka berlangsung di kediaman Anwar di di No.11 , Jalan Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Semoga pasangan ini dirahmati Allah dan semoga penyatuan dua hati ini berkekalan sehingga hujung nyawa. Amin.

Sedikit info...Anwar mempunyai enam orang cahaya mata.


1- Nurul Izzah - dah kawin

2- Nurul Nuha - dah kawin

3- Mohd Ehsan - dah kawin

4- Nurul Ilham - dah kawen

5- Nurul Iman - single

6- Nurul Hana - single


Gambar Khawin Izzah





Gambar Khawin Nuha


Gambar Khawin Mohd Ehsan




Izzah bersama Hana dan Iman