Ombak Rindu

No comments
Korang tahu ?

Novel Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashaari lunyai sampai kulitnya belakang dan depan hilang entah kemana.

Itu aku punye. sebab setiap kali aku 'beristirehat' dalam toilet...itulah bahan bacaan aku...

Sehinggakan semua plot cerita tersusun rapi dalam kepala hotak ini.

[membaca didalam kamar 'rehat' adala tabiat aku sejak dari dulu..hehe...xdelah aku buang masa...]



dan tulisan Fauziah sangat melekap dalam jiwa aku. jalan ceritanya hidup dan gaya penulisannya tidak dibuat- buat.

tak sama macam penulis zaman sekarang. tulisan yang hipokrit dan meloyakan. terasa jengkel bile mambaca. macamane nak habiskan satu novel kalau macam tu ?

okey !

hari ini 1 Disember 2011. Khamis. well, hari ini adalah hari jadi aku ~ mood gedik ~

so, aku ajak [paksa sebenarnya] myhubby temankan aku tengok movie Ombak Rindu yang diadaptasi dari novel kesayangan aku nie.

sebetulnya, sejak dari awal aku tahu novel ini akan difilemkan...aku sudah setkan dalam fikiran aku...bahawasanya, filem ini tidak akan berjaya dilayarkan sama seperti karya asal.



sebab ia adalah mustahil. sebab cerita bermuka surat lebih 300 muka surat itu perlu diringkaskan kepada lebih kurang 2 jam sahaja.

dan sebagai seorang bekas pelajar jurusan penyiaran, aku tahu...ia tidak mudah...

sebab.

tiada gunanya skrip bagus TAPI pengarah tak pandai terjemahkan skrip itu sebijik imaginasi penulis skrip !

tiada gunanya pengarah yang bagus TAPI skrip hancur !

tiada gunanya skrip dan pengarah yang bagus TAPI pelakon macam 'kayu' !

dah tiada gunanya jika skrip, pengarah, pelakon bagus TAPI bajet tiada !

baiklah.

sekarang aku mahu ulas sedikit movie nie. mula- mula bab watak

maya karin - izzah

first thing, Maya Karin berjaya bawa watak Izzah dalam keadaan yang serba hidup. dia tidak berpura- pura dan dia tidak nampak 'over acting'.

bila aku dapat tahu watakutamanya dibawa oleh Maya, aku sangat risau. takut dia tak deliver. ternyata, dia yang paling menjiwai watak.


cuma, aku sangat tak berpuas hati cara dia pakai tudung. seriuslly. sepatutnya, kalau mahu ditonjolkan dia sebagai seorang yang bertudung, pakailah elok- elok. adakan cosultan tudung yang betul- betul. nie tak, berserabai and tudung pun banyak yang berkedut seribu, tak di'ion' terlebih dahulu. kat situ dah potong stim. sebab nampak sangat dia pakai tudung sebab berlakon.

takpun,biarkan dia tak bertudung terus. gadis kampung pun banyak je yang tak pakai tudung. cuma agak mustahil, sebab dalam movie nie, dia jadi guru kafa.

watak nie, sesuai juga untuk Fazura, Vannida imran dan eja. =)


aaron aziz - hariz

aku mengharapkan lakonan yang bersahaja dan berkesan dari aktor ini. sebab dia boleh dikira otai hero dalam drama melayu.

tapi dalam movie nie, aku TERkesan beberapa scene dia kontrol macho dan buat aku rase tak selesa.

tapi so far, lakonan dia...okey la...layan...tapi bab karekter hariz dalam movie nie...lembut hati sangat.

dalam novel, hariz seorang yang kasar + zalim + biadap dengan izzah. dan watak ini mengambil masa untuk cair dan menunjukkan perasaan sayangnya pada izzah.

tapi, dalam movie nie, watak hariz sangat cair dan begitu mudah menerima izzah..bile baca novel, aku rasa macam nak cekik hariz sebab sikap dia pada izzah.

so, bile ade beberapa insiden barulah hariz perlahan- lahan tunjuk sayang dia tapi masih dingin [ego katekan]


adi putra pun hokey kalo jadi hariz. hehe


lisa surihani - mila

watak nie tak maching sangat dengan lisa. seperti biasa, lisa akan terover acting bila skrip memerlukan dia marah- marah dan mengamuk.


dalam semua movie, bile dia mengamuk marah-marah....macam tulah lakonan dia...tak caye review balik ...[sekali lagi cinta -- lagenda budak setan]

watak nie sesuai untuk maya karin juga.

watak- watak lain tu...aku malas nak komen...

hokey bab jalan ceita pulak.



awal- awal lagi, movie nie dah lari dari plot novel. no wonderlah penulisnya menyatakan kekecewaannya selepas menonton tayangan perdana movie nie.

memang sangat lari okey. memang ada persamaan tapi banyak diubah- ubah.

dalam hati aku...

"aik ??? kenapa potong scene tu..."
"aik ??? kenapa macam nie..."
"aik ??? alaaaaaa"
"aik ???"
"aik ???"
"aik ???"

lastly, aku tengok je cerita nie sampai habis tanpa aku banding- bandingkan dengan jalan cerita novel.

sampai aku kena betulkan balik fikiran aku yang

"movie yang diadaptasi adalah sukar memenuhi tuntutan nafsu pembaca novel yang asli"

antara scene yang ditukar adalah :-

-- izzah patutnya gugur kandungan pertama
-- rumah pak cik tahar sepatutnya terbakar hangus dibakar along
-- mila dan ibu hariz sepatutnya bomohkan hariz agar benci izzah
-- izzah dan hariz patutnya kantoi tidur bersama dirumah pak cik dollah
-- bini pak cik dollah sepatutnya salah sangka pada izzah, kononnya pak cik dollah ada hubungan dengan izzah
-- izzah patutnya sambung belajar di IPTA
-- ibu hariz sepatutnya amat dingin dengan hariz dan tidak menunjukkan kasih sayangnya


-- dan banyak lagi...



TETAPI....
TETAPI....
TETAPI....

lain pula pendapat myhubby. dia sebagai orang yang tidak pernah membaca novel ombak rindu. jadi dia melihat movie ini dalam kaca matanya sebagai penonton wayang yang tidak dibayangi karya asal.

bagi dia, plot penceritaan tu sampai dan dia terkesan dengan mesej yang cuba disampaikan dalam movie nie. katanya, mungkin movie tu agak lembab, tapi overall is CUN. =)

gembira aku dengar. sebab ?

kalau tak dia membebel kat aku nanti. hehe.

"citarasa movie awak teruk.."
"sempat tidur lagi saya dalam panggung tu.."
"lepas nie tak yah nak tengok movie macam nie lagi"
"buat rugi duit aje !"

haha. tu bukan dia kata. itu sekadar jangkaan aku semata- mata. hehe

aku tahu. ini movie yang last aku tengok, sebelum aku bergelar seorang ibu. dah ade baby nanti, sudah tentu tentu aku asyik jaga anak je. tak kan aku nak tinggalkan baby aku pada orang lain dan aku keluar bergumbira ? kan ?

sekarang kesimpulan.

kesimpulannya. cinta itu pasrah.

pasrah = menyerah

kita sayang cinta kasih pada seseorang. kita menyerahkan segala rasa itu tanpa mengharapkan balasan. dan selepas itu kita hanya mampu berserah. agar kasih kita terbalas. kalau tidak berbalas, apa kita boleh buat ??? cinta bukan paksaan. sebab itu, cinta itu pasrah.

menyerah.

seadanya.

=)

No comments :

Post a Comment